Tuesday, 23 July 2013

Phyto Chlorophyll

PHYTO CHLOROPHYLL BEVERAGE


Apakah Klorofil?

Tumbuhan hijau menggunakan karbon dioksida, cahaya matahari serta bahan mineral untuk menjalankan fotosintesis supaya menghasilkan makanan. Cahaya matahari yang diperlukan oleh proses fotosintesis ini diserap oleh klorofil dalam daun. Dengan ringkasnya, kita boleh mengatakan bahawa klorofil adalah adalah seperti darah dalam tumbuhan hijau . Klorofil merupakan bahan nutrisi yang penting kerana ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral, biotin, asid folik dan asid pantothenik. Selain itu, ia juga mengandungi saponin tumbuhan yang boleh menurunkan paras kolestrol tumbuhan serta flavonoid, asid fenol dan karotenoid yang berfungsi sebagai nutrisi anti virus yang baik untuk kesihatan badan.

Hasil kajian menunjukkan struktur molekul klorofil sangat mirip dengan sel darah merah manusia dan hanya ada satu perbezaan iaitu teras molekul klorofil ialah atom magnesium manakala teras molekul sel darah merah ialah atom besi.  Kajian juga menunjukkan bahawa klorofil banyak membantu mengatasi ulser peptik.

Kesan Utama Klorofil

Mengoptimumkan fungsi hematopoietik - Struktur molekul klorofil dan molekul sel darah merah sangat mirip, perbezaannya hanya terdapat teras molekul. Teras molekul sel darah merah adalah atom besi manakala teras molekul klorofil adalah atom magnesium. Sejak tahun 1926, terdapat pelbagai keputusan penyelidikan menunjukkan klorofil banyak membantu fungsi hematopoenietik badan manusia. Pengambilan makanan yang kaya dengan klorofil akan membantu meningkatkan fungsi pembinaan darah. Selain itu, badan manusia boleh menggantikan atom megnasium dalam molekul klorofil dengan atom besi secara terus dan mempercepatkan kesan pembentukan sel darah merah.

Meningkatkan fungsi detoksifikasi - Atas kepelbagaian faktor, sel-sel badan manusia selalu diancam oleh toksin. Organ-organ badan juga akan mengumpul toksin yang banyak dan mengakibatkan pelbagai penyakit, malah menyebabkan mutasi genetik selepas jangka masa yang panjang, Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa klorofilin terbentuk apabila teras atom magnesium dalam molekul klorofil diganti dengan atom kuprum, di mana klorofilin mempunyai kesan perlindungan yang dapat mengancam kromosom sel daripada ancaman toksin. Klorofilin juga akan bergabung dengan toksin dan membentuk kompleks yang tidak dapat diserap oleh badan manusia, dan seterusnya disingkirkan dari badan bersama bahan buangan badan. 

Lain-Lain Kebaikan Pengambilan Klorofil

1. Mengawalatur nilai PH darah
2. Membantu anti-pengoksidaan dan anti-penuaan
3. Meningkatkan proses metabolisma
4. Meningkatkan kecekapan fungsi jantung
5. Memperkuatkan fungsi sel-sel badan
6. Melegakan sumbatan brankiol
7. Memperbaiki kesihatan dan kebersihan mulut
8. Meningkatkan kesihatan perut dan usus


Klorela (Chlorella) 

Klorela dikenali sebagai alga hijau dan merupakan sejenis fitoplankton yang telah hidup di bumi sejak 3.1 bilion tahun dahulu. Ia adalah sejenis organisma unisel yang berbentuk sfera yang hidup dalam air tawar. Kandungan klorofil dalam organism unisel ini sangat tinggi, iaitu berpuluh kali ganda lebih tinggi daripada kandungan klorofil tumbuhan lain, jadi fotosintesisnya sangat tinggi. Selain itu, klorela merupakan nutrisi yang penting untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan badan, terutama untuk fungsi hati, jantung, ginjal, usus, perut dan kulit. 

Kebaikan klorela:

1. Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
2. Mencegah jangkitan dan pembiakan virus
3. Menghalang peningkatan paras glukosa dalam darah
4. Menyingkirkan toksin badan
5. Mempercepatkan proses penyembuhan luka




PHHP Phyto Chlorophyll





PHHP Phyto Chlorophyll adalah minuman yang dirumus khas dengan tambahan ekstrak klorofil semulajadi dan klorela pasti merupakan minuman kesihatan tanpa gula yang dapat memenugi keperluan orang moden. Ia menyegarkan dan rasanya sedap, serta membawa rasa pudina yang selesa. Minuman ini boleh menguatkan kesihatan badan melambatkan proses penuaan kulit jika diminum untuk jangka masa yang panjang serta membolehkan anda memulakan pelan penjagaan kesihatan dengan senang.


Harga Produk



Satu Kotak (Botol): RM 60

Harga Ahli: RM 48
(Anda perlu beli 2 kotak PHHP Phyto Fiber + 1 Botol PHHP Phyto Clorophyll atau 3 kotak PHHP Phyto Fiber untuk jadi ahli)

Pembelian 5 botol PHHP Phyto Clorophyll (RM 240) akan dapat percuma satu botol PHHP Phyto Chlorophyl.


Pembayaran dan Penghantaran

1. Call atau SMS ke 0177472508 atau email ke nollovilla@gmail.com atau PM di laman facebook Fiber PHHP untuk tempahan.

2. Barang akan dihantar setelah bayaran dibuat melalui pos berdaftar atau skynet.

3. Tracking number akan diserahkan kepada anda.

No comments:

Post a Comment